Thursday, September 17, 2009

Ramadhan bakal pergi...Syawal bakal kembali...

Salam buat kalian semua...
sedar tidak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan bakal meninggalkan kita semua...
Apakah sudah cukup ibadah yang kita lakukan dalam bulan ini?
Apakah sudah tercapai matlamat yang kita tanam untuk bulan ini?
Apakah kita yakin bahawa kita akan dapat berubah selepas ini?
Apakah kita ikhlas dalam setiap ibadah yang kita lakukan?
Keikhlasan hanya dapat kita rasai apabila kita membenarkan diri kita untuk merasai bahawa kita semua adalah sama...setiap manusia adalah sama disisi Allah s.w.t...dan kita sama-sama berkongsi menikmati nikmat yang diberikan...
Ramadhan memberi kita pendekatan untuk merasai apa yang tidak kita rasai sebelum ini. Pernahkah kita meluangkan sedikit waktu untuk memikirkan betapa sabarnya seorang fakir miskin dalam menjalani kehidupannya? maka, Ramadhan adalah kuncinya...Bulan ini mengajar erti kesabaran, erti pengharapan, erti kemaafan, erti muhasabah, erti keringat, erti perjuangan, erti Islam, erti kemanisan, erti kasih sayang...dan erti pengorbanan...

No comments:

Post a Comment