Thursday, September 17, 2009

Ramadhan bakal pergi...Syawal bakal kembali...

Salam buat kalian semua...
sedar tidak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan bakal meninggalkan kita semua...
Apakah sudah cukup ibadah yang kita lakukan dalam bulan ini?
Apakah sudah tercapai matlamat yang kita tanam untuk bulan ini?
Apakah kita yakin bahawa kita akan dapat berubah selepas ini?
Apakah kita ikhlas dalam setiap ibadah yang kita lakukan?
Keikhlasan hanya dapat kita rasai apabila kita membenarkan diri kita untuk merasai bahawa kita semua adalah sama...setiap manusia adalah sama disisi Allah s.w.t...dan kita sama-sama berkongsi menikmati nikmat yang diberikan...
Ramadhan memberi kita pendekatan untuk merasai apa yang tidak kita rasai sebelum ini. Pernahkah kita meluangkan sedikit waktu untuk memikirkan betapa sabarnya seorang fakir miskin dalam menjalani kehidupannya? maka, Ramadhan adalah kuncinya...Bulan ini mengajar erti kesabaran, erti pengharapan, erti kemaafan, erti muhasabah, erti keringat, erti perjuangan, erti Islam, erti kemanisan, erti kasih sayang...dan erti pengorbanan...

Wednesday, September 9, 2009

salam sahabat

salam...
waktu nih ana kat kelas walaupun tak ada kelas...tapi ana nak kasi tau kat sini yang....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK YANG SANGAT MULIA DAN PENUH KERADHAAN BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIHORMATI DAN DISAYANGI SEKALIAN!!!!

semoga di bulan ramadhan ini, setiap daripada kita memperoleh keberkatan dan kemuliaan yang tidak terhingga oleh Allah s.w.t... semoga di bulan ini dosa-dosa silam kita akan diampuni oleh Allah..semoga di bulan Ramadhan ini kita dapat memperoleh nikmat untuk kejayaan di dunia dan di akhirat...dan semoga kita dapat bertemu semula dengan bulan Ramadhan untuk tahun yang berikutnya...(^_^)

Friday, September 4, 2009

I miss my friends so much


salam...
ana tersangat laa rindu pada sahabat-sahabat ana pada bulan ramadhan kali ini...inilah ramadhan pertama kami tidak berpuasa bersama-sama...
kepada kalian semua, hargailah sahabat anda dengan sebaik-baiknya...kerana kita tidak tahu apa akan terjadi di kemudian hari...
kepada sahabat-sahabatku sekalian, sesungguhnya demi Allah, ana sangat menyayangi kalian semua seperti keluarga ana sendiri...biar apa sekalipun, kalian tetap di hati ana...maafkan ana kerana ana tidak pandai menunjukkan betapa berertinya kalian semua pada diri ana dengan sikap pelik ana...namun jauh di hati ana, tiada orang lain yang boleh mengganti kedudukan kalian.
namun, andai akan ada rintangan di masa hadapan kelak...yang mungkin bakal melenyapkan perasaan sesama kita, biarlah kita teruskan persahabatan ini dengan baik...andai persaudaraan tidak mampu mengubah sebuah rintangan menjadi seketul batu, biarlah persahabatan menjadikan kita bersatu padu....