xsemua kenangan itu indah...
Namun setiap kenangan itu ada seninya yang tersendiri. tatkala air mata menitis memohon pertolongan darinya, adakah kita sedar bahwa selama ini kita sering kali melupakannya?
Tatkala diri ini dirundung sepi, adakah kita sedar bahawa hanya Dia yang tahu isi hati kita yang sebenar-benarnya?
Tatkala kita merenung kekhilafan diri, adakah kita sedar bahawa Dia Maha Mengetahui setiap yang tidak kita ketahui?
Tatkala kita sakit, adakah pernah kita mensyukuri nikmat kesakitan itu kerana kita dipilih oleh-Nya untuk menghadapi kesakitan tersebut?
Tak pernah...? Mungkin pernah...tetapi jarang sekali kita menyedari bahwa hidup kita di dunia ini hanya untuk sementara waktu sahaja. hari ini kita bergembira, mengumpat orang lain, mengherdik orang lain, menyakiti hati orang lain, NAMUN pernahkah kita insafi diri kita bahawa mungkin esok kita akan meninggalkan dunia fana ini? Andai hari itu bakal tiba esok, apakah kita masih sempat untuk meminta maaf? Membayar setiap hutang piutang kita? Menebus setiap kesalahan kita? Memohon keampunan ke hadrat Ilahi?
Sahabat...
kita hanya insan biasa...namun kita dikurniakan oleh Allah untuk menghadapi setiap rintangan dalam dunia ini dengan ketenangan dan kesyukuran. Setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah hidayah buat kita menjadikan diri ini lebih baik dari hari hari semalam. Tiada seorang pun manusia yang sempurna, namun tiada seorang pun manusia yang sering kali melakukan kejahatan...kerana di dalam diri setiap insan yang Allah ciptakan pasti ada kebaikan yang jauh berselindung...
No comments:
Post a Comment